SHOUT HERE


ShoutMix chat widget

Monday 12 April 2010

Pakej Umrah/Cairo

Tarikh : 5 Jun 2010- 19 Jun 2010 (Cuti Sekolah)
Duration : 15 Hari 13 Malam
Penerbangan : Egypt Air
Harga : RM6500


Harga termasuk:

-tiket penerbangan pergi/balik dengan penerbangan Egypt Air
-Airportax Kuala Lumpur/Cairo dan Fuel Charges (YQTAX)
-Penginapan di Hotel Europa atau setaraf di Cairo (2 orang sebilik) 4 hari 3 malam
-Penginapan di Hotel Royal Andalus, Madinah atau setaraf dan Hotel Al-Qudsi di Mekah atau setaraf dengannya (3 atau 4 orang sebilik)
-Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam di Mesir dan Arab Saudi
-Lawatan sekitar Cairo/Alexandra serta Madinah/Mekah bersama guide/mutawif
-Pengangkutan dalam aturcara lawatan semasa di Mesir/Arab Saudi
-Beg besar, beg kecil, buku panduan umrah dan air zam-zam (seberat 10 litre)
-Kos khidmat visa umrah Muassasah

Harga tidak termasuk:
-Barang yang melebihi had 3 kilo
-Panggilan telefon, dobi pakaian dan telegram peribadi
-Makan/minum selain dari yang disediakan dalam aturcara
-Wang perbelanjaan yang di luar aturcara pakej
-Sijil kesihatan dan suntikan
-Pengankutan ke Tanae'im untuk berniat umrah pada acara bebas
-Bayaran tips kepada pemandu pelancongan di Mesir (USD 5.00 per pax)

Dokumen yang diperlukan:
-Passport Antarabangsa tempoh tamat tidak kurang dari 6 bulan sebelum tarikh berlepas
-Gambar 3 keping seorang
-buku kuning untuk suntikan meningoccal dari klinik/hospital
-Salinan kad pengenalan setiap jemaah dan salinan surat beranak untuk anak perempuan dan anak lelaki yang berumur dibawah 18 tahun
-Salinan surat nikah untuk suami isteri

Aturcara Perjalanan

Hari 1 - Kuala Lumpur/Cairo

Jemaah berkumpul di KLIA, Aras 5. berlepas dari KLIA ke Cairo dengan pesawat Egypt Air.

Hari 2 - Cairo

Tiba di Airport Cairo akan disambut oleh Amal Muslim Travel & Tours untuk urusan transfer ke hotel di Bandar Cairo. Selepas berehat, jemaah turun ke lobi untuk lawatan ke Giza, Piramid, Sphinx dan Papyrus Institute (makan tengahari di restoran sewaktu lawatan). Kembali ke hotel untuk berehat seketika sehingga dijemput sekali lagi oleh tourist guide untuk dibawa ke Jetty Nile Cruise dan seterusnya menghilir Sungai Nile sambil menikmati keindahan Bandar Cairo (makan malam secara buffet disediakan di atas bot).

Hari 3 - Cairo/Alexandria/Cairo

Selepas sarapan, jemaah menunggu di lobi hotel jam 7.00 pagi untuk lawatan sehari ke Alexandria. Lawatan bermula di Qaitbay Citadel (makan tengahari di restoran). Lawatan diteruskan di Mintazah Palace dan Makam Nabi Daniel. Kembali ke Cairo untuk makan malam dan menginap.

Hari 4 - Cairo

Selepas sarapan di hotel, pemandu pelancong akan menjemput jemaah untuk lawatan ke Makam Imam Shafie, Masjid Sultan Hassan, Egyptian Museum (makan tengahari sewaktu lawatan). lewat petang kembali ke hotel untuk makan malam dan menginap.

Hari 5 - Cairo/Jeddah

Selepas sarapan jemaah check-out dari hotel dan menuju ke Masjid Al-Azhar dan kemudian singgah sekejap di Bazaar Khan El-Khalil. Selesai urusan membeli-belah jemaah terus ke Airport untuk penerbangan ke Jeddah.

Hari 6 - Jeddah/Madinah

Tiba di Airport Jeddah, jemaah akan disambut oleh wakil Amal Muslim Travel & Tours dan Muassasah untukurisan perjalanan ke Madinah. Tiba di Madinah, jemaah terus check-in dan istirehat. Aturcara bebas.

Hari 7 - Madinah

Jemaah berkumpul di lobi hotel untuk menaiki bas bersama Mutawif untuk menziarahi di sekitar Kota Madinah seperti melalui Perkuburan Baqi, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jebal Uhud dan akhir sekali ke Pasar Tamar untuk membeli belah.

Hari 8 - Madinah/Mekah

Selepas solat Zuhur, jemaah melakukan Ziarah Selamat Tinggal kemudian check-out dan menuju ke Masjid Bir Ali untuk berniat umrah dan seterusnya ke Mekah untuk melakukan umrah bersama Mutawif.

Hari 9&10- Mekah

Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadat di Masjidil Haram atau melakukan umrah tambahan.

Hari 11 - Mekah

Jemaah berkumpul di lobi hotel dan menaiki bas untuk ziarah di sekitar Kota Mekah seperti ke Jabal Thur, Padang Arafah, Muzdalifah, Mina, Jabal Nur dan akhir sekali ke Jaaranah sebelum kembali semula ke Mekah. Di Jaaranah, jemaah boleh berniat umrah, sekiranya ingin mengerjakan umrah.

Hari 12&13 - Mekah

Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadat di Masjidil Haram atau melakukan umrah tambahan.

Hari 14 - Mekah/Jeddah/Cairo

Selepas selesai melakukan Tawaf Selamat Tinggal, jemaah check-out dan bertolak ke Airport Jeddah untuk penerbangan ke Cairo. Jemaah akan dibawa ke kaunter transit untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.

Hari 15 - Cairo/Kuala Lumpur

Berlepas dari Airport Cairo untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Aturcara selesai.

PAKEJ PENUH

1 comment:

  1. Saya bercadang utk mengadakan lawatan spt di atas dan bolehkah dimasukkan program jalinan dengan Universiti Madinah dan sebuah sekolah berasrama di sana sebagai memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran

    ReplyDelete