SHOUT HERE


ShoutMix chat widget

Friday 1 October 2010

ATURCARA PERJALANAN PAKEJ UMRAH/ZIARAH 14 HARI 13 MALAM

(PENERBANGAN SAUDIA AIR LINES) VISA ZIARAH /UMRAH MUSIM SEJUK

ATURCARA PERJALANAN

HARI 1 KUALA LUMPUR /JEDDAH

Berlepas dari KLIA jam 1.30 tengah hari dengan penerbangan Saudia Airlines menuju ke Jeddah di jangka sampai Airport Jeddah jam 5.00 petang. Wakil Amal Muslim dan pihak Muasassah akan menjemput jemaah menaiki bas menuju ke Madinah. Tiba di Madinah terus check-in di hotel untuk penginapan.

HARI 2 MADINAH

Jemaah berkumpul di lobi hotel – Mutawif akan bersama jemaah melakukan ziarah di sekitar Kota Madinah seperti melalui Perkuburan Baqi, masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan akhir sekali ke Ladang Kurma atau Pasar Tamar untuk membeli-belah.

HARI 3 MADINAH

Aturcara bebas atau lawatan sampingan ke Bukit Magnet / Percetakan Al-Quran untuk lelaki dan bazzar bersebelahan untuk wanita.

HARI 4 MADINAH / MAKKAH

Selepas ziarah Selamat Tinggal, jemaah check-out dan menuju ke Masjid Bir Ali untuk berniat umrah dan seterusnya ke Makkah untuk melakukan umrah bersama Mutawif.

HARI 5 MAKKAH

Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbayakkan Ibadah di Masjidil Haram atau melakukan umrah.

HARI 6 MAKKAH

Jemaah berkumpul di lobi hotel – Mutawif akan bersama jemaah melakukan ziarah di sekitar Kota Mekkah seperti ke Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina, Jabal Nur dan akhir sekali ke Jaaranah sebelum kembali semula ke Makkah. Di Jaaranah jemaah boleh berniat umrah, sekiranya ingin mengerjakan umrah.

HARI 7 MAKKAH

Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan Ibadat di Masjidil Haram atau melalukan umrah.

HARI 8 MAKKAH / TAIF

Selepas solat Subuh dan sarapan, jemaah bersiap sedia di lobby jam 7.30 pagi dan terus bertolak ke Taif jam 8.00 pagi (perjalanan mangambil masa 2 1/2jam). Tiba di Taif terus check in hotel dan berkumpul semula jam 12.00 tengah hari. Jemaah akan dibawa ke Kota Taif melawat Masjid Ibnu Abas dan Kilang Air Mawar. (Makan tengah hari di Restoran Arab). Perjalanan diteruskan ke Ladang buah-buahan (dimana jemaah boleh memetik dan membeli buah limau, anggur, delima dan lain-lain). Lewat petang kembali ke hotel di Bandar Taif untuk menginap (makan malam di restoran).

HARI 9 TAIF / JEDDAH / MAKKAH

Selepas sarapan awal di hotel, jemaah check-out dan menuju ke Bandar Jeddah. Tiba di Bandar Jeddah jemaah dibawa ke Masjid Ar-Rahman (Masjid Terapung untuk solat Zuhor dan makan tengah hari di tepi pantai). Kemudian jemaah dibawa ke Makam Siti Hawa dan Coeniche serta tempat-tempat menarik di Bandar Jeddah. Lewat petang kembali ke Makkah seterusnya check-in di hotel (makan malam di tempat penginapan)

HARI 10 MAKKAH

Selepas sarapan di hotel, jemaah berkumpul di lobi jam 7.30 pagi dan menaiki bas menuju ke Kilang Kelambu Kaabah dan Muzium. Kemudian jemaah dibawa ke Ladang Ternakan Unta untuk meminum susu unta. Perjalanan diteruskan ke Masjid Hudaibiyah untuk berniat umrah (pada jemaah yang ingin mengerjakan umrah). Kembali semula ke hotel untuk solat Zuhor dan makan tengah hari.

HARI 11 – 12 MAKKAH

Acara bebas, jemaah di nasihatkan untuk memperbayakkan Ibadah di Masjidil Haram atau umrah.

HARI 13 MAKKAH / JEDDAH

Selepas mengerjakan Tawaf Selamat Tinggal, jemaah berangkat ke Jeddah dan singgah di Masjid Ar-Rahman (Masjid Terapung). Kemudian ke Airport Jeddah untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 14 JEDDAH / KUALA LUMPUR

Tiba di KLIA dengan pesawat Saudia Airlines.

HARGA PAKEJ (3 / 4 ORANG SEBILIK)

Dewasa

RM 5,900.00

Kanak-kanak (dibawah 12 tahun)

RM 5,400.00

Tambahan RM300.00 seorang untuk 2 orang sebilik.

HARGA TERMASUK

1. Tiket Penerbangan pergi/balik dangan penerbangan Saudia Airlines.

2. Airport Tax Kuala Lumpur, Jeddah dan Insuran Penerbangan.

3. Penginapan Hotel di Madinah dan Hotel di Makkah serta Hotel *** di Taif.

4. Ziarah di Madinah/Makkah/Taif/Hudaibiyah/Kilang Kelambu Kaabah/ Muzium/Ladang Unta dan Bandar Jeddah.

5. Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

6. Perkhidmatan Mutawif.

7. Pengangkutan dalam aturcara lawatan.

8. Beg besar, beg kecil, buku panduan umrah dan air zam-zam (seberat 10 liter).

9. Kos khidmat visa ziarah.

10. Wang upah angkat/turun barang semasa di Hotel Madinah/Makkah (kecuali di Airport Jeddah)

HARGA TIDAK TERMASUK

1. Barang yang melebihi had 30 kilo (termasuk air zam-zam 10 liter).

2. Panggilan telefon, dobi pakaian dan telegram peribadi.

3. Makan / minum selain dari yang di sediakan dalam aturcara.

4. Wang perbelanjaan yang diluar aturcara pakej.

5. Sijil kesihatan dan suntikan.

6. Pengangkutan ke Tanae’im untuk berniat umrah pada acara bebas.

DOKUMEN YANG DI PERLUKAN

1. Passport Antarabangsa tempoh tamat tidak kurang dari 6 bulan sebelum tarikh berlepas.

2. Gambar 3 keping seorang (sila rujuk pada lampiran yang disertakan).

3. Buku Kuning untuk suntikan meningoccal dari Klinik / Hospital.

4. Salinan Kad Pengenalan setiap jemaah dan salinan surat beranak untuk anak perempuan dan anak lelaki yang berumur di bawah 18 tahun.

5. Salinan surat nikah untuk suami / isteri.

6. Surat kebenaran mahram bagi jemaah wanita yg pergi tanpa mahramnya.

NOTA:-

1. Caj barang bagasi yang melebihi had 30 kilo adalah tanggungjawab jemaah.

2. Jadual dan jenis syarikat penerbangan serta aturcara tertakluk kepada perubahan semasa dan tarikh pembukaan visa ziarah.

3. Jemaah berkumpul di kaunter (Saudia Airlines), Aras 5, KLIA (2 jam) sebelum pesawat berlepas.

4. Bayaran pendahuluan RM 500.00 seorang.

5. Bayaran yang telah di TT kepada agent di Arab Saudi TIDAK akan dikembalikan, jika berlaku pembatalan oleh jemaah.

6. Lawatan dan penginapan di Madain Salleh adalah ‘Optional Tours” tempat yang dilawati – Al-Kuraibat, Al Diwan dan Elephant Rock).

BAYARAN KEPADA AGENT DI ARAB SAUDI

1. Kos penginapan satu malam dan lawatan sehari di Taif dan lawatan sehari di Jeddah (termasuk makan / minum).

2. Kos penginapan di Madain Salleh (1 malam) dan lawatan sehari di Madain Salleh (termasuk makan / minum).

3. Kos pengangkutan (jenis pengangkutan mengikut bilangan jemaah) dari Jeddah ke Jeddah. (Termasuk satu ziarah di Madinah, satu ziarah di Makkah dan tidak termasuk Mutawif).

4. Visa Ziarah (tertakluk kepada kelulusan dari Kementerian Perlancongan dan Kementerian Haji Arab Saudi).

5. Harga bayaran mengikut bilangan jemaah (dalam US Dollar).

No comments:

Post a Comment